Tentang kami
Membantu pasangan mengisi borang nikah sejak 2015
BNO Services ialah khidmat bantuan mengisi borang permohonan nikah, dikendalikan oleh En Abdul Basit. Lebih 11 tahun, sepenuhnya dalam talian, untuk pasangan dari seluruh Malaysia.
- 2015Mula beroperasi
- 14Negeri dibantu
- 100%Melalui WhatsApp
- RM 60Harga sepasang
Siapa kami
BNO Services dimulakan oleh En Abdul Basit pada tahun 2015 untuk satu tujuan: memudahkan pasangan melalui bahagian yang paling ramai orang rasa tidak yakin dalam urusan nikah — mengisi borang permohonan. Sejak itu, kami telah membantu pemohon dari setiap negeri di Malaysia.
100% dalam talian, sejak hari pertama
Sejak 2015, khidmat kami berjalan sepenuhnya secara dalam talian. Semua urusan dibuat melalui WhatsApp — anda tidak perlu berjumpa kami, dan tidak perlu cuti kerja untuk datang ke mana-mana. Di mana pun anda berada, sama ada di kampung, di bandar atau bekerja di luar negara, prosesnya sama.
Cara kami bekerja
- Anda hubungi kami di WhatsApp dan hantar maklumat yang kami perlukan.
- Kami isikan borang permohonan dan semak setiap butiran.
- Kami hantar draf borang dalam PDF. Anda semak sendiri ejaan nama, nombor IC, alamat dan butiran lain, dan maklumkan jika ada yang perlu dibetulkan.
- Selepas anda sahkan dan membuat bayaran, borang akhir dihantar untuk anda cetak.
Harga kami RM 60 sepasang(Lelaki RM 30 + Perempuan RM 30). Yuran rasmi dibayar terus kepada pihak berkuasa agama dan berasingan daripada caj khidmat kami.
Penghantaran borang melalui pos
Tiada pencetak? Kami juga boleh cetak borang anda dan menghantarnya melalui pos kesatu alamat, dengan caj pos sebanyak RM 10.
Apa yang kami tidak buat
Kami membantu mengisi borang sahaja. Borang itu tetap milik anda, dan anda sendiri yang menghantarnya kepada pihak berkuasa agama negeri. Keputusan permohonan adalah kuasa pihak berkuasa tersebut sepenuhnya.
BNO Services bukan agensi kerajaan dan tidak mewakili mana-mana jabatan agama negeri. Baca penafian penuh.
Hubungi kami
Cara paling cepat ialah WhatsApp. Anda juga boleh ikuti kami di Facebook dan TikTok.