Senarai Dokumen Untuk Permohonan Nikah
Penting: Khidmat kami adalah bantuan mengisi borang sahaja — kami bukan agensi kerajaan.
Soalan yang paling kerap kami terima ialah “apa dokumen yang saya perlu?”. Jawapannya bergantung pada status anda berdua — bujang, duda, dara, janda atau balu — dan setiap pihak ada senarainya sendiri.
Panduan ini menyenaraikan dokumen yang biasanya diperlukan mengikut status, dan langkah yang perlu diambil jika salah satu dokumen itu hilang.
Senarai dokumen yang biasanya diperlukan
Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga 2026, berikut ialah senarai dokumen yang biasanya diperlukan. Pilih status anda:
Pilih status anda
Lelaki bujang
4 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat Sijil Kursus Perkahwinan2 salinan
- Sijil Kursus Perkahwinan (asal)Asal
Lelaki duda (cerai hidup)
4 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat Sijil Cerai2 salinan
- Sijil Cerai (asal)Asal
Lelaki duda (cerai mati)
5 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat Sijil Kematian Isteri2 salinan
- Photostat Sijil Nikah Lama2 salinan
- Sijil Nikah Lama (asal)Asal
Perempuan dara
7 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat IC Wali2 salinan
- Photostat Sijil Kematian AyahSekiranya ayah meninggal2 salinan
- Photostat Sijil Nikah/Cerai Ibu/Ayah2 salinan
- Photostat Sijil Kursus Perkahwinan2 salinan
- Sijil Kursus Perkahwinan (asal)Asal
Perempuan janda (cerai hidup)
7 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat IC Wali2 salinan
- Photostat Sijil Kematian AyahSekiranya ayah meninggal2 salinan
- Photostat Sijil Nikah/Cerai Ibu/Ayah2 salinan
- Photostat Sijil Cerai2 salinan
- Sijil Cerai (asal)Asal
Perempuan balu (cerai mati)
8 dokumen
- Photostat IC Lelaki2 salinan
- Photostat IC Perempuan2 salinan
- Photostat IC Wali2 salinan
- Photostat Sijil Kematian AyahSekiranya ayah meninggal2 salinan
- Photostat Sijil Nikah/Cerai Ibu/Ayah2 salinan
- Photostat Sijil Kematian Suami2 salinan
- Photostat Sijil Nikah Lama2 salinan
- Sijil Nikah Lama (asal)Asal
2 salinan buat dua salinan photostat.Asal bawa dokumen asal bersama.
Sesetengah negeri ada keperluan tambahan. Semak bahagian Info penting di halaman negeri anda — contohnya Johor dan Terengganu — sebelum menghantar borang.
Dokumen hilang
Jika salah satu dokumen di atas hilang, jangan tangguhkan permohonan anda. Kebanyakannya boleh didapatkan semula. Pilih dokumen di bawah untuk melihat langkah yang biasanya perlu diambil:
Sijil Nikah LamaDuda (kematian isteri)Pejabat Agama
- Buat akuan sumpah mengenai kehilangan Sijil Nikah tersebut. Kebiasaannya, Pejabat Agama akan memintanya.
- Mohon carian Sijil Nikah hilang di Pejabat Agama kawasan tempat anda berkahwin sebelum ini.
Tempoh untuk mendapatkan sijil bergantung kepada pengurusan Pejabat Agama kawasan tersebut.
Sijil CeraiDuda atau janda (cerai hidup)Pejabat Agama
Perintah Mahkamah bukan Sijil Cerai
Ramai yang menganggap urusan perceraian selesai sebaik sahaja kes di mahkamah tamat. Namun dokumen yang diterima ketika itu ialah Perintah Mahkamah, bukan Sijil Cerai. Sijil Cerai hanya dikeluarkan selepas perceraian didaftarkan di Pejabat Agama kawasan.
- Pastikan anda pernah mendaftarkan perceraian dan menerima Sijil Cerai daripada Pejabat Agama kawasan. Jika belum, bawa Perintah Mahkamah ke Pejabat Agama untuk mendaftarkan perceraian dan mendapatkan Sijil Cerai.
- Jika Sijil Cerai sudah diterima tetapi hilang, mohon carian di Pejabat Agama kawasan tempat anda mendaftarkan perceraian.
Tempoh untuk mendapatkan sijil bergantung kepada pengurusan Pejabat Agama kawasan tersebut.
Sijil Nikah Ibu/AyahPihak perempuanPejabat Agama
- Mohon carian Sijil Nikah di Pejabat Agama kawasan tempat ibu bapa anda berkahwin.
- Jika rekod masih tidak ditemui, Pejabat Agama akan mengeluarkan Surat Rekod, yang boleh digunakan bagi menggantikan Sijil Nikah ibu bapa anda.
- Sebagai langkah berjaga-jaga, buat juga akuan sumpah mengenai kehilangan Sijil Nikah ibu bapa sebagai dokumen sokongan tambahan.
Sijil Kursus Pra-PerkahwinanLelaki dan perempuanPenganjur Kursus
- Hubungi pentadbir penganjur tempat anda menghadiri kursus sebelum ini.
- Jika masih tidak dapat diselesaikan, cara terbaik ialah menghadiri kursus pra-perkahwinan sekali lagi.
Sijil KematianAyah atau datuk (wali mujbir)JPN
- Mohon cetakan semula Sijil Kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Prosesnya biasanya cepat, mudah dan tidak mahal.
Sijil KelahiranJika diminta sebagai dokumen sokonganJPN
- Jika Pejabat Agama memerlukan Sijil Kelahiran sebagai dokumen sokongan dan sijil itu hilang atau rosak, mohon cetakan semula di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Prosesnya biasanya cepat, mudah dan tidak mahal.
Siapa yang sesuai guna khidmat kami?
Khidmat kami paling membantu jika anda:
Sibuk
Tiada masa untuk memikirkan borang dan mengisinya di laman web.
Risau tersilap isi
Satu kesilapan kecil boleh melambatkan permohonan anda.
Warga emas
Lebih selesa jika urusan borang dibuat oleh orang lain.
Kurang cekap dengan IT
Tidak biasa mengisi borang atau memuat naik dokumen secara dalam talian.
Perlukan bantuan?
Hubungi kami di WhatsApp dan beritahu negeri anda. Kami akan senaraikan apa yang kami perlukan untuk mula, dan beritahu dengan jelas bahagian mana yang perlu anda sahkan sendiri dengan pihak berkuasa agama.
Negeri berkaitan
Panduan lain
- Cara Isi Borang Nikah Online: Panduan LengkapApa yang perlu anda sediakan sebelum mula, bahagian mana yang paling kerap salah, dan bila anda patut minta bantuan.
- Kesilapan Lazim Semasa Isi Borang NikahHampir semua pembetulan yang kami buat jatuh dalam sepuluh kategori ini. Kebanyakannya boleh dielakkan dalam masa lima minit.
Panduan ini adalah maklumat am. BNO Services bukan agensi kerajaan dan tidak mewakili mana-mana jabatan agama negeri. Sahkan keperluan rasmi dengan pihak berkuasa agama negeri anda. Baca penafian penuh.